Ingin sertai Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH)? Isi maklumat berikut:
Ahli Aktif yang telah membayar yuran pendaftaran dan yuran
keahlian mempunyai hak-hak berikut:
A) Untuk mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
Agung Luar Biasa.
B) Untuk mengambil bahagian dalam semua mesyuarat dan acara yang diatur oleh persatuan itu di bawah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Eksekutif.
A) Ahli bersekutu yang telah menjelaskan yuran kemasukan berhak untuk hadir di semua mesyuarat dan acara yang di atur oleh persatuan di bawah syarat-syarat yang ditetapkan oleh majlis eksekutif tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi dan tidak berhak memegang jawatan didalam persatuan.
B) Setiap ahli berhak untuk mencalonkan satu wakil rasmi untuk melaksanakan semua hak dan keistimewaannya. Perwakilan hendaklah terdiri daripada pengarah syarikat atau seorang pekerja dan mesti disahkan oleh persatuan. Satu perwakilan ini akan mewakili satu ahli pada satu-satu masa.